Kiub Milo yang viral pada akhir tahun 2016 dan ianya menjadi sangat popular dikalangan kanak-kanak, remaja, sehinggalah dewasa. Kiub Milo “Milo Cube Energy” bukanlah produk terbaru dan telah berada dipasaran agak lama.
Bukan sahaja viral di Malaysia, tetapi juga viral di Singapura, Brunei, dan Thailand turut terpersona walaupun bukan sesuatu yang baru. Kalau anda gemar “menceduk” serbuk Milo dari dalam tin dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa perlu bancuh air, anda memang perlukan kiub Milo ini untuk selera anda.
Milo Energy Cube adalah serbuk milo yang dipadatkan ke dalam bentuk kiub. Rasakan coklat Milo yang sedap dikunyah rangup dan cair dalam mulut. Jaga-jaga mungkin anda boleh ketagih.
Dimana nak beli ?
Secara rasmi ‘Milo Energy Cube’ ini tidak dijual di Malaysia dan khusus dijual di Negara-negara Afrika terpilih. Jangan risau anda boleh beli secara ‘online’ kerana ada permintaan yang tinggi.
Kalau rasa nak beli boleh beli di laman Lazada, 11Street, Carousell, dan Shopee serendah RM 47 (1 pek : 100 kiub).
menarik