Web Analytics
More
    LifestylePakai Seluar Ketat Menyebabkan Kanser Kulit

    Pakai Seluar Ketat Menyebabkan Kanser Kulit

    Remaja masa kini ramai remaja suka mengayakan seluar jeans skinny tidak kira lelaki mahupun perempuan, dikatakan lebih ketat lebih bagus. Tapi tindakan anda akan memudaratkan anda.

    Dipetik daripada Utusan, Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah menjelaskan kesan buruk pemakaian seluar ketat.

    Menyebabkan kanser Melonola kerana pemakaian ketat penyebab kanser kulit yang sangat berbahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.

    Selain itu, menganggu keadaan rahim. Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu perjalanan darah juga akan terganggu. Juga menghalang pembiakan sperma kerana seluar ketat boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma.

    Kesan buruk pada sendi dan saraf kerana apabila anda membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya, menyebabkan tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap menyebabkan ‘kebas’ dan sensitif apabila tersentuh.

    Akhir sekali, pinggul senget keadaan akan jadi lebih kritikal sekiranya individu tersebut memakai seluar ketat bersama tumit tinggi. Ia boleh menyebabkan postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang dialami.

    SumberHanasuva

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan