Web Analytics
More
    Lifestyle7 Tempat Tarikan Pelancong di Kota Kinabalu, Sabah

    7 Tempat Tarikan Pelancong di Kota Kinabalu, Sabah

    Sabah adalah negeri dibawah bayu yang terkenal diseluruh dunia dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Saban tahun ramai pelancong asing datang ke Sabah untuk bercuti, sudahkah anda melawat dan berjalan-jalan di Sabah?

    Jika anda tidak tahu nak kemana anda boleh lihat 7 tempat tarikan pelancong di Kota Kinabalu, Sabah. Dari sini anda boleh merancang perjalanan anda.

    1. Gunung Kinabalu

    Bagi anda yang ingin ke Kota Kinabalu tidak sah percutian anda tanpa melawat Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat bandar.

    Kebiasaannya anda memerlukan 2Hari 1Malam untuk berada di Kota Kinabalu, jika anda mengambil pakej tour yang disediakan pasti anda merasai kesemua tempat yang berada disini.

    Sebelum membuat dakian anda mempunyai stamina yang mencukupi terutama kanak-kanak 10 tahun keatas dan warga tua. Tetapi jika anda telah sampai ke puncak Gunung Kinabalu pasti segala penat itu tidak dirasai dengan pemandangan yang cantik dan udara yang segar.

    2. Lok Kawi Wildlife Park

     

    Selalu tengok ragam monyet, orang utan, burung-burung disaluran National Geographic tetapi tidak dapat sentuh dan kenali dengan lebih rapat?. Apa kata anda ke Lok Kawi Wildlife Park dan dapat lihat, pegang, dan kenali hidupan liar dengan lebih dekat.

    Ada juga taman botani dimana anda boleh jungle trekking dilaluan yang disediakan. Hanya serendah RM10 dikenakan sebagai warganegara untuk masuk ke sini dan RM20 bagi bukan warganegara.

    3. Pasar Malam Kampung Air

    Bagi anda yang meminati cenderahati anda boleh beli disini dengan harga yang amat murah dan pelbagai pilih dan warna untuk diberikan kepada rakan-rakan anda.

    Rambang mata dibuatnya jika anda sampai ke Pasar Malam Kampung Air ini, selain dari cenderahati anda juga boleh beli t-shirt, key chain, atau fridge magnet.

     

    4. Pasar Filipina

    Pasar Filipina juga dikenali sebagai Pasar Kraftangan, ramai orang Filipina bertapak dan berniaga disini.

     

    Anda boleh dapatkan manik, keropok, kopi tenom, amplang dan banyak lagi. Disebelah pasar Filipina ini pula anda pasar kering dimana anda boleh membeli ikan bilis, ikan kering, udang kering dan banyak lagi. Jangan risau boleh bawa masuk dalam penerbangan bungkus dengan rapi.

    5. Pulau Manukan

    Pergi ke pulau ini mengambil masa 30 minit perjalanan. Ini pasti akan menyenangkan anda lagi dengan lautan yang bersih berwarna biru dan bersama-sama ikan yang manja dan tak takut pada manusia. Anda pasti teruja bersama anak-anak anda disini.

    6. Restoran Makanan Laut Gayang

     

    Kalau anda melancong disah jika tidak rasa masakan tempatan, bukan? Disini anda boleh mendapati makanan segar dari laut dan pelbagai lagi. Antara menu yang perlu anda cuba ialah udang butter, ikan sweet & sour, siput goggong, ayam lemon, nyonya talapia dan banyak lagi.

    Harga pun tak mahal sangat dalam RM40 untuk seorang makan. Sangat berbaloi.

    7. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

     

    Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan sebuah masjid utama yang kedua selepas Masjid Negeri di Sembulan. Ia terletak di tepi laut Teluk Likas dan mempunyai rekabentuk menarik menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia. Ia boleh memuatkan sehingga 12,000 jemaah pada satu masa. Pastikan anda menziarahi masjid ini jika bercuti di Kota Kinabalu.
    Semoga percutian anda ke Kota Kinabalu Sabah menjadi lebih seronok dengan ada 7 tempat menarik ini.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan