Pada hujung tahun pasti ibubapa akan meluangkan masa dengan anak-anak dan itulah masa untuk pergi bercuti, dan Haqem cadangkan anda kalau nak bercuti ke Melaka boleh cari resort ini, bagi saya resort ni memang best ! Kerana waterpark di Gold Coast Melaka International Resort ini anda boleh mandi manda dari jam 8 pagi sehinggalah jam 12 tengah malam. Wow! Dalam waterpark ada yakuzi, gelongsor air, dan banyak lagi.
Harga untuk masuk waterpark bagi kanak-kanak bawah <12 tahun adalah RM25 dan dewasa >13 tahun keatas adalah RM35.
Di Gold Coast Melaka International Resort mempunyai pelbagai jenis bilik antaranya 2 bilik yang boleh memuatkan 10 orang dan 3 bilik yang boleh memuatkan 14 orang sebab bilik yang ditawarkan adalah besar dan sangat selesa. Harga untuk 2 bilik adalah RM560 dan 3 bilik adalah RM660 (harga berubah mengikut hari, promosi dan perayaan).
Dari segi makanan untuk sarapan pagi agak kurang menarik, kerana tiada pilihan makanan yang banyak. Masa Haqem pergi hanya makanan biasa sahaja antaranya nasi lemak yang dihidangkan tiada timun, dan telur tapi ikan bilis dan kacang goreng diletakkan jauh dari tempat mengambilan makanan antara makanan lain mee goreng, kacang panggang, dan ada lagi haqem tak ingat !