Banyak di luar sana tempat makan menarik seperti shell out di Petaling Jaya, steamboat D’Kayangan di Shah Alam dan banyak lagi. Tapi yang paling saya suka di restoran The Filling Station di Desa Sri Hartamas apabila anda memesan makanan anda bebas memilih sajian mahupun ramuan sampingan pada hidangan.

Udang panggang

Restoren ini menawarkan pelbagai pilihan menu daripada sajian tradisional utara sehinggalah sajian sihat seperti salad boleh diisi mengikut cita rasa sendiri. Nasi ganja, nasi lemak, pulut, bihun, atau mi goreng boleh dipadankan dengan menu daging kerutuk, tempe dan terung berlada.

Dah nama pun mix & match atau Fill Up Your Bowl (isi mangkuk anda), anda boleh mengisi apa saja menu didalam mangkuk anda seperti gambar dibawah salad bowl anda diberi pilihan sendiri untuk sajian sayur-sayuran.

Salad Bowl dengan sajian sayur-sayuran pilihan.

Di The Filling Station mempunyai pelbagai masakan daripada masakan melayu tempatan sehinggalah ke masakan barat yang turut mempunyai aturan menarik cara memesannya. Kepada sesiapa yang ingin merasa menu pilihan boleh datang ke restoren ini di Desa Sri Hartamas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here