Sebelum ini Oppo telah melancarkan telefon pintar mereka iaitu Oppo F1s dan Oppo F1s versi ayda jebat. Kini sebelum 2016 melabuhkan tirainya pihak oppo telah menyatakan mereka akan melancarkan Oppo R9s pada 5 Januari 2017.

Oppo R9s adalah sebuah telefon pintar yang tertumpu kepada kamera ia bukan sahaja boleh mengambil gambar selfie tetapi lebih dari itu. Kamera yang terbina pada Oppo R9s ini mempunyai kamera hadapan dengan 16MP dan kamera belakang 16MP f/1.7 mempunyai fasa pengesanan auto focus (PDAF) yang lebih pantas. Menurut Oppo PDAF  ini lebih cepat daripada PDAF yang biasa.

Kamera Oppos R9s juga boleh merakam video pada resolusi 4K dengan penstabilan imej terbina. Sama seperti Oppo F1s, iam mempunyai sensor pengesan cap jari yang lebih cepat berbanding sebelum ini dan bateri berkapasiti 3010mAh dengan pengecasan pantas VOOC.

 

Dari segi dianggarkan sekitar RM2,099 di Singapura, tetapi Oppo Malaysia belum tetapkan harga untuk sebuah Oppo R9s. Untuk pasaran Malaysia, Oppo Malaysia telah melantik Fattah Amin dan Min Chen sebagai duta bagi telefon pintar terbaru mereka. Bukan itu sahaja Oppo mempunyai seorang lagi duta yang akan diberitahu pada Tahun baru ini.

Bolehkah anda meneka siapakah duta Oppo R9s ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here