Walaupun beg anda berat macam mana pun anda kena buat sendiri dan tidak boleh meminta pertolongan pramugari, pramugara. Ramai penumpang yang tidak ketahui tentang perkara larangan pramugari, pramugara semasa didalam kabin.
Ini 10 perkara yang perlu anda ketahui.
1. Tidak Boleh simpankan beg di tempat simpanan
Perkara ini selalu terjadi apabila penumpang membawa beg yang berat dan perlukan bantuan untuk meletakkan di tempat penyimpanan, anda memikirkan anak kapal akan membantu anda ?
Salah sekali, mereka hanya mampu menolak beg anda masuk dan tutup pintunya. Seorang anak kapal tidak dibenarkan mengangkat beg anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan
2. Tidak Boleh memberi tip dalam bentuk wang tunai
Anak kapal tidak dibenarkan menerima sebarang tip dalam bentuk wang tunai daripada penumpang. Mereka boleh menerima tip dalam bentuk baucer ataupun coklat. Okay sebelum naik beli coklat kat lapangan terbang. Haha.
3. Tidak Boleh berikan sebarang ubat
Ubat adalah benda yang anak kapal tidak boleh berikan kepada anda. Namun beberapa ubat boleh diberi kepada seorang doktor dalam keadaan kecemasan.
4. Tidak Boleh menangguhkan waktu penerbangan
Juruterbang pesawat tidak akan menunggu untuk ketibaan anda. Ini selalu terjadi, namun juruterbang tidak mampu membuat keputusan itu.
5. Tidak Boleh minum bersama penumpang
Anak kapal dan juruterbang tidak dibenarkan minum semasa bekerja, terutama bersama penumpang.
6. Tidak Boleh suruh juruterbang pandu lebih laju
Haha. Nak laju macam mana lagi ? Macam Jet ke ? Mana boleh juruterbang tidak boleh lakukan untuk anda.
7. Tidak Boleh tukarkan tempat duduk anda
Walaupun ada tempat kosong dibahagian business class mereka tidak boleh lakukan perkara ini. Anda perlu membayar untuk duduk dibahagian business class ini.
8. Tidak Boleh membenarkan anda membawa minuman keras
Kebanyakan syarikat penerbangan akan merampas minuman keras jika mereka melihatnya. Seorang anak kapal tidak mahu sebarang penumpang dalam keadaan mabuk.
9. Tidak Boleh teman anda keluar dari pesawat
Anak kapal boleh memanggil seseorang untuk bertemu dengan anda namun selagi ada penumpang dalam pesawat, mereka tidak boleh keluar dari pesawat itu. Nak Dating lah tu ! :’)
10. Tidak Boleh beri pen dalam penerbangan antarabangsa
Anak kapal tidak lagi menyediakan pen untuk anda mengisi borang kastam. Anak kapal juga tidak mempunyai bekalan pen yang cukup untuk anda gunakan. Oleh itu, anda harus menyediakan pen anda sendiri.
Itulah antara 10 perkara larangan pramugara, pramugari yang perlu anda tahu lepas ini jangan kata anak kapal tidak mahu membantu anda, mereka takut akan berlaku kecederaan terhadap penumpang. Sekarang anda tahu!
Owh betullah rasanya !!