Single Dad Cendol adalah nama yang diberikan oleh Hasbullah untuk perniagaan cendolnya di Kelantan. Single Dad Cendol bukan cendol biasa tapi ianya cendol yang dibuat di atas basikal antik dan pengisar secara manual. Nama ‘Single Dad Cendol’ ini sebenarnya dizahirkan dari nama peminat barangan antik.
Lebih menarik mengenai Single Dad Cendol ini adalah ianya dibuat menggunakan air batu tongkol dan dikisar menggunakan pengisar air batu secara manual dan tidak menggunakan mesin elektrik.
Selain itu, basikal antik ini juga adalah milik Hasbullah sendiri yang dibawa pulang dari England ketika merantau mencari barangan antik di luar negara.
Menurut laporan Sinar Harian, Hasbullah berkata, dia turut memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba sendiri mengisar air batu tongkol di gerainya yang terletak di tepi Kasut You Bandar Baru Tanah Merah.
Harga semangkuk RM2, tambah 50 sen untuk lebih jagung dan kacang. RM3 bagi hidangan istimewa bersama pulut, tapai, jagung dan kacang. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Selain basikal, gerai dengan slogan “Tak Keno Takpo, Keno Rindu” turut dihiasi vespa dan basikal roda tiga buatan England.
Ketahui lebih di @karat_england