Alhamdulillah sampai juga kita di bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadan Al-Mubarak. Setiap kali berpuasa mesti kita akan rasa tidak bertenaga dan lesu sepanjang hari. Ok! harini Haqem nak bagi beberapa tips untuk kekal bertenaga di bulan puasa.
#1 Makan makanan yang tinggi kandungan kanji dan serat
Makanan berkanji dan berserat tinggi boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Cuba oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan anda kerana ia boleh membantu anda merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Ia mampu meningkatkan tumpuan dan mengawal mood anda.
#2 Oat bersama kacang, kismis dan kurma
Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.
Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais.
#3 Makan tembikai dan pisang
Memakan tembikai elok kerana mengandungi vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.
Pisang akan menghasilkan vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24gm karbohidrat.
#4 Elakkan garam dan minum air berlebihan
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.
#5 Jangan tidur lepas sahur dan tidur awal
Disarankan supaya anda tidak tidur selepas bersahur dan solat subuh. Ini kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia hanya akan dibazirkan sewaktu anda tidur. Jadi, sementara menunggu untuk ke tempat kerja atau sekolah anda boleh beribadah seperti berzikir dan mengaji Al-quran terlebih dahulu 🙂 .
#6 Lewatkan waktu makan sahur, jangan gelojoh pulak
Mengunyah makanan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu, sehingga beberapa jam saja setelah sahur perut anda akan merasa lapar. Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa penat.
#7 Simpan makanan lebihan waktu berbuka
Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis. Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur. Untuk mengekalkan ia dalam keadaan fresh dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda. Kurangkan makanan berminyak sewaktu sahur.
Ini adalah beberapa tips yang dapat Haqem kongsi, semoga tips-tips ini berguna di bulan ramadan ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadan dari Haqem Network.