Menurut laporan Free Malaysia Today 2016, purata keseluruhan pembaziran penggunaan air di Malaysia adalah sebanyak 50,000 liter air setahun. Ini melebihi penggunaan air di negara besar seperti United States dan Australia pada tahun yang sama.

Rakyat Malaysia juga dikatakan tidak berhemat menggunakan air, sebanyak 300 liter yang dibazirkan setiap hari.

Menurut laporan says.com seseorang memerlukan 165 liter air untuk melakukan sesuatu seperti mandi, basuh, dan minum. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia menggunakan 330 liter air sehari, ini adalah dua kali ganda dari biasa dan mampu memenuhi keperluan orang lain.

Sempena Hari Air Sedunia 22 Mac lepas, Indah Water Konsortium mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan pembaziran air. Laporan water.org menanggarkan sebanyak 844 juta orang di seluruh dunia tidak dapat mengakses air bersih yang menyebabkan penyakit, kehilangan peluang perniagaan.

Jadi sempena Hari Air Sedunia ini anggaplah kita meraikan hari ini setiap hari, untuk kehidupan masa depan yang lebih baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here