Sebelum ini Samsung tidak pernah dedahkan maklumat mengenai samsung Galaxy S8 pada acara MWC walaupun melalui pihak ketiga. Samsung Galaxy S8 yang terbaru mempunyai skrin yang lebih luas “infiniti”. Ia juga dikatakan akan dilancarkan pada bulan April ini.
W tym lepiej widać zagięcie. Lekkie zaokrąglenie jest też na gorze i u dolu #GalaxyS8 pic.twitter.com/KXKfn6t9GO
— DforDesign (@dfordesign) January 18, 2017
Menurut Guardian Galaxy S8 hadir dengan 2 variasi dengan saiz skrin yang berbeza. Selain itu, samsung tidak menyertakan dwi-kamera sebagai kamera utama seperti Apple dan Huawei. Kamera duo-pixel Galaxy S7 akan digunakan semula dengan pelbagai penambahbaikan.
Samsung dikata akan menambah aksesori Dex yang mampu mengubah peranti pintar menjadi sebuah komputer dekstop. Peranti ini juga dikatakan akan hadir dengan ruang storan dengan kapasiti 64GB yang terbina dan boleh menyokong kad mikroSD sehingga 256GB.