Web Analytics
More
    TeknologiWebSKMM Menyekat 2,407 Laman Sesawang Demi Keselamatan Pengguna

    SKMM Menyekat 2,407 Laman Sesawang Demi Keselamatan Pengguna

    Pada 2016 ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekat 2,407 laman sesawang daripada di akses demi keselamatan pengguna terutama kanak-kanak.

    2,407 laman sesawang yang disekat antaranya daripada laman phishing (1,129), laman kandungan lucah (1,113), 90 laman menjijikan, 72 laman bersifat mengancam, dan tiga laman palsu kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Di samping laman sesawang yang melakukan aktiviti judi secara atas talian, berita palsu, ubat-ubatan, dan penipuan agensi pelancongan juga telah disekat oleh SKMM.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hantar laporan kepada aduan.skmm.gov.my.

    Dibawakan olehBERNAMA

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan