Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman.

Para Pelakon

  • Hisyam Hamid
  • Emma Maembong
  • Aida Khalida,
  • Wan Sharmila
  • Izara Aisha
  • Eleena Sui
  • Fahad Iman
  • Luqman Hafidz

Sinopsis (versi novel)

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Nantikan drama Sayang Papa Saya Tak? yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2017 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 10 malam.

TINGGALKAN KOMEN ANDA

Please enter your comment!
Please enter your name here