Super Mario Run telah diperkenalkan terlebih dahulu pada iOS kini pihak Nintendo berminat untuk memperkenalkan dalam versi Android. Selain itu, permainan ini juga ditawarkan pada harga RM39.90 untuk bermain sepenuhnya.
Pengguna Android boleh membuat pra-tempah di Google Play dan anda akan dapat notifikasi apabila ia sudah siap sedia untuk dimuat-turun. Menurut laporan di laman amanz.my tiada sebarang tarikh diberikan untuk bila ia boleh dimuat-turun. Memandangkan mereka telah menyenaraikannya, maka mungkin kita akan dapat melihat ia hadir dalam masa sebulan dua lagi.
Pra-Tempah sekarang Super Mario Run Android