Bagi kebanyakan insan di luar sana, minggu ini ialah minggu terakhir sebelum cuti panjang hujung tahun. Biasanya cuti panjang seperti ini digunakan untuk santai dan melupakan kerja di pejabat. Kami gemar menggunakan masa terluang ini untuk menonton filem. Google Play Movies hari ini memberikan promosi hebat untuk menyewa filem terhangat sepanjang 2016.

 

Filem-filem seperti Warcraft, Finding Dory, Ghostbuster dan The Conjuring 2 boleh disewa pada harga serendah RM 1.49. Harga ini ialah sama untuk filem versi definisi biasa dan definisi tinggi. Tempoh menyewa ialah selama 48 jam. Di dalam tempoh ini filem boleh ditonton beberapa kali sehingga tamat tempoh.

TINGGALKAN KOMEN ANDA

Please enter your comment!
Please enter your name here