Rogue One: A Star Wars Story kini menjadi filem dari franchise Star Wars dengan kutipan paling tinggi dalam minggu pertama tayangan apabila berjaya membuat kutipan USD155 juta di Amerika Utara sahaja. Jumlah kutipan untuk jualan sedunia pula adalah USD290.5 juta.
Kutipan ini mengalahkan kutipan yang dibuat Star Wars: The Force Awakens tahun lalu yang mengutip USD248 juta dalam tempoh yang sama. Filem spin-off pertama dalam siri Star Wars ini ternyata mendapat sambutan yang baik dari peminat tegar Star Wars. Rogue One tidak mempunyai masalah untuk membuat kutipan lebih USD2.1 billion yang dibuat The Force Awakens tahun lalu.