mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Platform E-Dagang Yang Menjual Barang Cetak Rompak Akan Disekat Oleh MCMC

Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyekat laman e-dagang yang menjual barang cetak rompak. Pihak SKMM akan sekat laman e-dagang sejurus menerima laporan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut SKMM “Setiap tindakan memerlukan siasatan teknikal yang akan dijalankan oleh pihak MCMC. Pihak kami akan terus menyedarkan orang ramai agar menjadi pengguna internet yang bijaksana seperti tidak membeli produk atau kandungan cetak rompak” katanya.

Antara filem tempatan yang dijual secara cetak rompak ialah Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie.

Dalam pada itu, pihak Shopee memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung penjualan bahan cetak rompak menerusi platform tersebut.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

POS Malaysia Menghentikan Perkhidmatan Mel dan Parcel Antarabangsa Hari Ini

Next Post

Mulan Akan Ditayangkan 4 September Ini di Disney+