Pada 2009 WhatsApp adalah aplikasi bermesej yang dicipta oleh Jan Koum hanya hanya memperkenalkan Status dalam bentuk teks sahaja. Ia untuk memberitahu kenalan, apa yang sedang anda lakukan. Pada tahun ini WhatsApp akan menyambut ulangtahun ke-8 dan telah memperkenalkan fungsi status yang serba baru seakan-akan Instagram stories untuk pengguna tempatan dan seluruh dunia.
Status WhatsApp yang baru ini, membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video bersama kenalan. Perkara ini sama seperti Instagram Story, dan juga Facebook Story.
Apa yang menarik perhatian kami, story membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video, yang akan terpadam secara automatik selepas 24 jam. Pengguna juga boleh membuat pelbagai penambahan di dalam perkongsian seperti tambahan teks, efek, kesan khas dan lain-lain terus untuk dikongsi. Selepas 24 jam, ia akan terpadam buat selama-lamanya.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini, dan tab WhatsApp Status kini akan dipaparkan. Ketika mengaksesnya buat pertama kali, anda akan diberikan pilihan tetapan privasi – untuk menetapkan anda terbuka untuk berkongsi WhatsApp Status dengan siapa, atau inginkan sesiapa yang dikecualikan daripada melihatnya.
Kongsikan kepada kami mengenai pengalaman anda berkongsi gambar dan video kepada rakan-rakan kenalan dan ahli keluarga dengan menggunakan WhatsApp Status.
aik gambar macam kenal jer ? hahaha
Memanglah kau kenal! Gambar tu kau yang kasi kt whatsapp aku td lol