mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami
Neelofa Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular ke-32
Unifi Mobile Menawarkan Pek Jasa Panggilan dan Data Tanpa Had Serendah RM59/Bulan Untuk Semua Penjawat Awam
Rancangan Tom Tom Bak Kembali 6 September Ini di Astro Ceria

Unifi Mobile Menawarkan Pek Jasa Panggilan dan Data Tanpa Had Serendah RM59/Bulan Untuk Semua Penjawat Awam

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini telah menawarkan pelan Pek Jasa khas untuk guru-guru. Kini tawaran Pek Jasa diperluaskan dan dibuka kepada semua penjawat awam. Pelan ini hadir dengan panggilan dan data tanpa had serendah RM 59/bulan.

Selain itu, pelan ini juga hadir dengan 10GB Hotspot LTE secara percuma dan tambahan kuota RM 8 untuk 500MB dan RM 16 untuk 1GB. Menurut TM penawaran pelan ini terhad sehingga 31 Disember 2019.

Pek Jasa ini tidak mempunyai kontrak jika daftar sebelum hujung tahun. Kontrak selama 24 bulan dikenakan jika daftar selepas 31 Disember. Tawaran ini juga terbuka kepada semua penjawat awam tetap dan kontrak, di peringkat persekutuan dan negeri.

Pendaftaran Pek Jasa boleh dilakukan secara atas talian di laman web unifi atau mana-mana cawangan TMPoint. Jika anda mendaftar dalam talian, anda perlu menghantar bersama dokumen sokongan dan permohonan akan diluluskan dalam masa 48 jam. Kad sim Unifi Mobile akan dihantar terus ke rumah anda tanpa caj penghantaran.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Neelofa Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular ke-32

Next Post

Rancangan Tom Tom Bak Kembali 6 September Ini di Astro Ceria