More
    SemasaLagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli

    Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli

    Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli. Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Oleh itu, tema sambutan Hari Kebangsaan yang dipilih oleh Perdana Menteri ialah “Sayangi Malaysiaku“.

    Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Lagu Tema Hari Kebangsaan oleh Bunkface

    Kita punya Malaysia nyanyian dan ciptaan dari Sam Bunkface yang berentak pop telah dipilih sebagai lagu tema Hari Kebangsaan 2018. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Lirik Lagu Kita Punya Malaysia, Tema Hari Kebangsaan 2018

    Lihat lirik sepenuhnya berserta musik video di sini.

    Logo Tema Hari Kebangsaan

    Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

    Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

    Fakta Hari Kemerdekaan 2017 “Negaraku Sehati Sejiwa”

    “Sehati Sejiwa” membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

    Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia beta sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang. Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan