Bermula 1 Ogos 2020, semua diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau pengangkutan awam.
Menurut sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai dibenarkan untuk memakai pelitup muka buatan sendiri dan perlu memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jika gagal mematuhi peraturan terbaharu, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Menurutnya lagi, pihak KKM akan maklumkan kelak mengenai spesifikasi topeng muka buatan sendiri.
