mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Anak Kucing Diikat dan Dipijak Sehingga Mati Oleh 3 Wanita

Video anak kucing diikat dan dipijak sehingga mati tular di media sosial sejak malam semalam (7 Mei) menyaksikan 3 wanita memijak anak kucing dengan tanpa rasa kasihan dan kejam.

Tak berhati perut dan zalim merupakan ungkapan yang sesuai untuk satu kisah yang tular apabila mereka menyeksa kucing tanpa belas ehsan.

Menerusi perkongsian video dari pengguna Twitter, tweet tersebut meraih lebih 21.7k tontonan.

Menerusi video itu, anak kucing berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat didera. Namun, anak kucing berkenaan tidak dapat bergerak apabila badannya tetap dipijak dan dihenyak tanpa belas ihsan sehingga haiwan itu tidak mampu lagi untuk berjalan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa perasaan marah dan mengecam si pelaku kerana perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam pada masa sama, video ini juga dimuat naik ke laman YouTube yang berdurasi selama 3 minit 35 saat.

Semoga si pelaku diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang tidak berhati perut dan ia menjadi pengajaran buat semua.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
lihat komen (1) lihat komen (1)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Penyu Bertelur di Pantai Port Dickson Dengan Tenang

Next Post

WhatsApp Hadir Dengan Fungsi Baru — Pelekat Animasi, Kod QR dan Mod Gelap