Home Blog

Jawab Survey dan Boleh Dapat Duit Dari YouGov

0

Dunia sekarang makin mencabar segalanya memerlukan duit untuk maju kehadapan. Kini dengan adanya YouGov anda boleh jawab survey dan boleh dapat duit. Banyak juga laman web yang menawarkan pendapatan hanya menjawab survey seperti Tinjauan Bandingan dan banyak lagi.

Tetapi pada artikel ini Haqem ingin berkongsi mengenai YouGov yang boleh menjana duit sehingga SGD$25 (~RM75). Kenapa YouGov ?. Ok baiklah kenapa Haqem sarankan syarikat ini kerana saya telah menggunakan perkhidmatan dalam tempoh 1 tahun percubaan, sebelum saya menerbitkan artikel ini.

Syarikat ini juga, menawarkan pelbagai survey mengikut waktu antaranya Food PollBrandindex MYTravel Survey dan banyak lagi. Setiap survey yang dijawab anda boleh memperolehi mata point sehingga 120 mata. Apa buktinya Haqem telah mendapat duit dari YouGov ?. Baiklah mungkin ada yang bertanya sedemikian, Haqem akan tunjukkan bukti yang saya telah memperolehi duit dari syarikat ini.

This slideshow requires JavaScript.

Itu antara bukti yang Haqem percayakan syarikat YouGov ini boleh mendapat duit dengan hanya jawab survey dan boleh dapat duit. Di YouGov anda diberikan pilihan untuk mendapatkan Top Up RM60, SGD $25, AirAsia BIG Points atau UNICEF Donation.

Jika anda memilih untuk mendapatkan Top Up RM60 anda perlu memasukkan nombor telefon untuk mendapatkannya. Perkhidmatan Top Up yang boleh diminta pada masa ini hanyalah telco Umobile, Maxis, Digi dan TuneTalk. Bagi pilihan SGD $25 ianya menggunakan perkhidmatan PayPal untuk urusan transaksi.  AirAsia BIG Points dan UNICEF Donation pula anda perlu memasukkan akaun sahaja untuk tujuan transaksi. Kesemua urusan mengambil masa 10-30 hari bekerja.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri perkhidmatan jawab survey dan dapat duit dari YouGov anda boleh pergi ke laman mereke di http://bit.ly/MyYouGovSurvey. Selamat menjawab.

Honor View 10 Kini Hadir di Malaysia Pada Harga RM2,099

0

Honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai Honor View 10. Dimana Honor View 10 ini hadir di pasaran Malaysia pada harga RM2,099 dan boleh mula dipra-tempah bermula 8 – 10 Januari ini.

Peranti berspesifikasi tinggi ini hadir dengan skrin 5.99 inci Full HD dengan rekaan skrin 18:9. Honor View 10 dijana dengan cip pemprosesan Kirin 970 dimana ianya digunakan pada Huawei Mate 10. Selain itu, bateri ditawarkan pada peranti ini adalah 3,750mAh, ruangan storan sehingga 128GB terbina dan RAM 6GB.

Spesifikasi kamera depan yang hadir pada Honor View 10 adalah 13 megapixel dan dwi-kamera belakang 20 megapixel dan 16 megapixel. Ia menggunakan pengesan cap jari, badan peranti dengan keseluruhan logam dan EMUI 8.0 dikuasakan oleh Android 8.0

Anda boleh pra-tempah Honor View 10 ini bermula 8 Januari 2018 ini samaada di Lazada, Vmall, Shopee, atau 11 Street pada harga RM2,099. Untuk 1,000 tempahan terawal akan menerima hadiah bernilai RM699, meliputi Honor Band A2 dan juga kad ganjaran Final Fantasy.

Secara rasminya Honor View 10 akan mula dijual di seluruh Malaysia pada 12 Januari 2018.

CONNECTme Perkhidmatan Internet Menggunakan Piring Satelit Bakal Dilancarkan 8 Mac Ini

0

Pada hari ini kita mendengar penggunaan internet di Malaysia yang menggunakan kabel LAN dan talian mudah alih, tapi mustahil untuk menggunakan piring satelit sebagai internet utama. Dengan adanya CONNECTme perkhidmatan internet menggunakan piring satelit akan wujud tidak lama lagi pada 8 Mac ini.

Harga tawaran internet dari CONNECTme bermula RM 25 untuk 1GB dengan kelajuan 15Mbps dan RM450 sebulan untuk 25GB dengan kelajuan 15Mbps. Selain itu, CONNECTme juga menawarkan 25GB percuma untuk 6 bulan pertama bagi pelan On-Demand. Untuk pelan Fixed pula ianya mempunyai kontrak selama 6 bulan, kesemua pelang tidak termasuk dengan yuran pemasangan.

Sebelum menggunakan perkhidmatan internet dari CONNECTme ianya perlu membuat pemasangan piring satelit khusus untuk melayari internet, seperti perkhidmatan televisyen berbayar Astro.

Kawasan jalur-lebar CONNECTme meliputi 100% Malaysia, dan tidak perlu risau tiada liputan dan sebagainya. 8 Mac 2018 adalah tarikh jangkaan pelancaran CONNECTme anda juga boleh melakukan pendaftaran bermula hari ini.

Hero Seorang Cinderella, Izara Aishah dan iPhone X Antara Paling Trending Sepanjang Tahun 2017

0

Pada setiap hujung tahun pasti kita ketahui pelbagai carian yang trending sepanjang tahun, antaranya Hero Seorang Cinderella, Izara Aishah, dan iPhone X sama ada di Twitter mahupun Facebook. Selain itu, Google juga mengeluarkan Year In Search 2017 dimana ia memaparkan carian paling trending sepanjang tahun. Pada tahun 2017 ini antara carian paling tinggi adalah;

Carian tertinggi iaitu BR1M dan Hero Seorang Cinderella. Izara Aishah juga tersenarai dalam Year In Search dalam kategori “Orang (People)”

Bagi peranti pintar pula iPhone X menjadi carian tertinggi berbanding Huawei P10. Drama siri tempatan yang tertinggi adalah Hero Seorang Cinderella.

Tidak lupa juga Fast And Furious 8 dan Justice League antara yang trending dalam carian google.

Itu adalah antara paling trending sepanjang 2017 dimana kebanyakkan rakyat Malaysia mencarinya untuk informasi berguna.

Apple Dilaporkan Telah Membeli Shazam Dengan Harga $400 Juta

0

Aplikasi Shazam yang popular sebagai pengecam lagu makin dikenali ramai. Ianya memudahkan lagi untuk anda mengesan nama muzik, penyanyi, dan lagu yang berdekatan. Hari ini Apple dilaporkan telah membeli Shazam dengan harga USD$400 juta (~RM1.63 bilion).

“Sejak pelancaran Shazam di App Store ia menjadi salah satu aplikasi popular di iOS. Kini 1 bilion telah dimuat-turun oleh pengguna seluruh dunia dengan pelbagai platform” kepada Jurucakap Apple kepada kami. Dalam pengumuman itu jurucakap Apple tidak mengatakan rancangan Apple untuk perkhidmatan Shazam.

Gabungan Apple dan Shazam ini juga dijangkakan bakal memberi kelebihan buat Apple memandangkan Apple sedang dalam usaha untuk memantapkan Apple Music. Kerjasama yang bakal berlaku diantara Apple dan Shazam, kami jangkakan kerjasama ini merupakan pilihan yang tepat buat kedua-dua syarikat dalam usaha menarik lebih ramai pengguna dan menjana keuntungan dengan lebih banyak.

Google Melancarkan Aplikasi Datally Untuk Menjimatkan Data Mudah Alih

0

Google telah melancarkan aplikasi Datally untuk menjimatkan data mudah alih, aplikasi ini dikatakan dapat membantu pengguna telefon pintar memahami, mengawal, menjimatkan data mudah alih. Datally dapat menganalisis metrik penggunaan kuota aplikasi pada setiap bulan.

Ujian yang dilakukan oleh Google beberapa bulan lepas di Filipina menunjukan aplikasi ini dapat menjimatkan data mudah alih sehingga 30%. Selain itu, ia mempunyai kelebihan mencari Wi-Fi awam yang dinilai keselematannya oleh komuniti bagi tujuan keselamatan.

Jejaki dan kawalan data mudah alih dari mana-mana aplikasi dengan gelembung Data Saver

Aplikasi ini juga boleh mengaktifkan gelembung Data Saver, untuk memberi amaran tentang penggunaan data semasa menggunakan aplikasi seperti game, facebook, dan sebagainya. Secara rasminya aplikasi ini tidak ditawarkan di Apps Store, ianya ditawarkan kepada pengguna yang Android 5.0 buat masa ini. Mungkin kelak ianya juga akan disokong untuk iOS.

Muat turun aplikasi Datally di Google Play Store sekarang.

U Mobile Memperkenalkan Pelan Unlimited Hero P99 dengan Tanpa Had Kelajuan

2

Perlu menghadkan penggunaan data? Kerisauan data habis sebelum cukup bulan?. Jangan risau dengan adanya pelan unlimited hero P99 dari U Mobile ini anda tidak perlu risau tentang kehabisan data. Ini kerana, pelan terbaru dari U Mobile ini hadir dengan data tanpa had dan panggilan percuma untuk ke semua rangkaian pada harga RM99/Sebulan sahaja.

Menurut laman web rasmi U Mobile pelan Unlimited Hero P99 ini boleh membuat penambahan Member lines sehingga 3 peranti pada pelan Share 20 pada harga RM20/Bulan setiap 1 member lines dengan panggilan terhad sebanyak 30 minit setiap hari.

Selain itu juga, dengan pelan Unlimited Hero P99 anda akan dapat percuma 3GB Data Roaming untuk 12 Negara. Jika dibanding pelan ini mempunyai lebih banyak keuntungan berbanding dengan telco lain.

Apa pendapat anda tentang pelan Unlimited Hero P99 adakah anda akan melanggannya?.

USD$100,000 Hadiah Keseluruhan Mobile Legends Professional League Untuk Gamers Di Malaysia dan Singapura

0

Buat julungkalinya eGG Network bersama Moonton telah bekerjasama untuk membawakan Mobile Legends Professional League (MPL) dimana ianya akan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD100,000 (~RM416,500). Bagi mereka yang tegar bermain Mobile Legends ini amat digalakkan untuk menyertainya.

Qualifier bagi sesi pertama untuk permain Malaysia telah pun dibuka pada 14 November sehingga 21 November 2017. Dimana tarikah perlawanan ini akan berlangsung pada 24 – 26 November 2017 di eGG Network.

Qualifier kedua bagi pemain Singapura pada 21 – 28 November ini, dan seterusnya qualifier ketiga untuk pemain Malaysia semula pada 28 November sehingga 5 Disember 2017.

Jika anda berminat dan ingin hadiah yang lumayan ini anda perlulah mempunyai 1 kumpulan yang disertai 6 pemain. Pendaftaran adalah ‘percuma’. Bagaimana cara mendaftar ?.

Anda perlu ke http://mysg.mpl.mobilelegends.com/ dan masukkan details yang diminta seperti nama kumpulan, player in-game ID, no kad pengenalan, nombor telefon, dan email. Pastikan umur anda cukup 18 tahun.

Rekaan Emoji Baru Oleh WhatsApp Untuk Pengguna Android

0

WhatsApp Messenger versi terbaru ini telah memperkenalkan rekaan emoji baru seperti wanita berhijab, polis wanita dan polis lelaki, dan banyak lagi.

Rekaan emoji baru ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android. Ia akan dapat untuk pengguna android secara berperingkat sejak minggu lepas. Malangnya emoji ini tidak ditawarkan untuk pengguna iOS pada masa ini. Mungkin pada kemaskini akan datang pengguna iOS akan menikmati emoji baru ini.

Terdapat juga emoji baru iaitu kelapa, kiwi dan banyak lagi. Untuk emoji muka juga banyak diperkenalkan untuk Android berbanding iOS.

Apa pendapat anda tentang emoji terbaru oleh WhatsApp ?.

Cara-Cara Merakam Suara Sendiri Untuk Pandu Arah Waze

0

Waze adalah aplikasi yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengetahui jalan-jalan yang sesak ataupun ditutup dan mampu merancang masa perjalan dengan lebih cepat.

Pada bulan lepas Waze telah memperkenalkan ciri-ciri terbaru iaitu merakam suara sendiri untuk pandu arah bagi pengguna Android. Kini Waze telah memperkenalkan ciri-ciri ini kepada pengguna iOS.

Melalui kemaskini terbaru anda boleh merakam suara sendiri dengan pelbagai cara yang anda mahukan. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini anda hanya perlu ke halaman tetapan Waze, memilih Sound & Voice, kemudian pilihan Voice Directions dan Record New Voice.

Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.

Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.

Artikel Terbaru